Tuesday, January 4, 2011

Misbun Sidek letak jawatan???

Gempar kan... Itu lah yang SRB terbaca di banyaktehkereta.blogspot... Di kala populariti bola sepak meningkat ke puncak, para peminat arena badminton berduka dengan berita peletakan jawatan oleh Datuk Misbun Sidek dari BAM... Tindak tanduk Misbun seolah-olah menceritakan bahawa layanan dari BAM ke atas diri nyer...

Siapa yang salah dan siapa yang betul, bukan persoalan yang SRB nak rungkai kan di sini, tapi ingin memberi pendapat terhadap isu ini... Korunk nie kenal tak siapa Datuk Misbun Sidek nie, SRB citer tapi korunk tak kenal... Susah tu...

Datuk Misbun Sidek...

Memang boleh dikatakan power lah Misbun nie sebab tunjuk ajar yang di turun kan bukan sikit percapaian yang telah di capai... Masih ingat lagi tak kepada Hafiz Hashim??? Hasil tunjuk ajar Misbun, Hafiz Hashim telah memenangi Kejohanan ALL England pada tahun 2003... Lepas itu, Wong Mew Choo telah berjaya menang di terbuka China... Lee Chong Wei??? Banyak kan percapaian yang di capai hasil didikan Misbun seperti All England 2010, Kejohanan Dunia, Percapaian di ranking no.1 dunia dalam perseorangan lelaki...

Macam mana dengan prestasi Chong Wei di Grand Prix (GP) di Taiwan bermula Rabu ini, diikuti Terbuka Malaysia (18-23 Januari) dan Terbuka Korea (25-29 Januari) ini... Kesimpulannyer, dari sudut hati SRB, Datuk Misbun Sidek fikir lah balik dengan niat perletakan jawatan beliau untuk prestasi Badminton di Malaysia bertambah maju... SRB harap, jika itu yang beliau hendak, kita terpaksa akur dan jangan lah mencari mana silap nyer...



Saturday, January 1, 2011

Al-Fatihah pada Arwah Faizal Yusof

Tak sangka di awal tahun baru yang kita kecapi ada yang berduka dan pergi meninggalkan kita... Korunk kenal tak, pada pemilik nama Faizal Yusof...

Hah, kenal tak??? owkay lah... Seorang pelakon yang pernah berlakon sebagai Danny dalam siri Drama ADAM MAYA tu... tak kenal lagi??? Bekas suami pada artis yang bernama NANA yang popular lagu "bola-bola api" tu... Pun tak kenal??? Cuma nak bagitahu...

Arwah meninggal di sebabkan serangan jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur... Pada semua di harap sedekah kan Al-Fatihah pada arwah supaya dia di tempatkan di kalangan-kalangan orang yang beriman... AL-Fatihah!!!




CepuSILVER dari Cik Zati

Alamak....!!! SRB dapat soklan cepuSIlver dari cik zati pada Tahun Baru di angka 2011 nie... Bila baca rasa kelakar, bila fikir balik rasa macam tak patut selindung kan benda yang baik nie... Tapi itu lah yang SRB rasa bila baca comment dari Cik Zati entri SRB yang bertajuk "Suka Duka 2010"...


From comment box blog SRB...

Sebenarnyer, soklan yang berikan pada SRB adalah cepu mas, tapi SRB nak tukar sikit jadi cepuSILVER... Baru lah rasa macam soklan tu senang kan... soklan nyer "DAH ADA ANAK KE?"... Hah ambik hang SRB, jawab, jangan tak jawab... Ini semua gara-gara gambar ini...

Who with Suzie???

Okay lah, sebenarnyer SRB suka sangat kat baby... Sama macam Suzie tapi Suzie tak sama macam SRB...(Enough SRB... mengarut)... Hakhakhahahah... SRB memang ade anak tapi anak tekak lah... baby nie adik kepada Suzie A.K.A adik ipar SRB... Insyallah... Nama dia Alesya... Sedap kan... SRB yang bagi taw...





 
f