Saturday, September 18, 2010

Ingin kenal mereka

Bila kita dah sayang seseorang tu, mesti kita nak kenal atau nak rapat dengan family dia kan???... So, macam tu jugak lah dengan SRB. SRB nak kenal dengan mereka nie semua...

Terutamanye mereka yang dalam gambar nie...




Nikmat raya

Hohohohohoho....

Di kala bulan syawal makin meyepi baru lah SRB rasa nak beraya. Rasa seronok sangat bila kita menziarahi sanak saudara kita kan.??? Time tu lah kita tahu macam mana rumah dia, macam mana masakan dia, macam mana layanan dia dan yang penting macam mana jiran-jiran dia, ade awek ker tak...hahahahahahaha

Pada hari itu, SRB pergi beraya di rumah Mak Su di Ampang. Patut nya pergi secara konvoi, tapi di sebabkan sebelah pagi itu SRB bekerja terpaksalah SRB gerak pukul 1 dari rumah. Syukur, jalan di susur keluar tol Sg. Besi tak sesak. Makanan yang disediakan sangat sedap, sampai tiga kali SRB tambah. Nasi Berani with papadom menu yang di sajikan.

Lepas tu, SRB beralih beraya di rumah Mak Long di Kajang pulak. Kali ini pergi secara konvoi pulak. Fuuuuuhhhhh!!! mencabar betul pergi secara konvoi tempat yang di tuju tu kita tak tahu kan. Nasib baek lah abg SRB yang drive. Hahahahaha... Kali ini menu yang di sajikan Mee Sup.. Makan... Makan... dan Makan...

Mak Long' house

Lepas Maghrib, SRB serta konvoi nya bergerak ke rumah Angah Mak Lang pulak di Pajam untuk majlis tahlil. Sampai-sampai je majlis sudah berlangsung, SRB terus sertai... Habis jer bacaan Yassin, makan time... Kali ini SRB sangat tertarik dengan kuah kacang dia... Pppppeerrrggghhhhh!!! Sedap gila...

Lastly, dalam perjalanan balik SRB tidur....




Thursday, September 16, 2010

Wah terbaek

SRB ase bertuah bila buka Link >>> Kasot Puteh Photoholic nie. Sebab gambar nie. So, SRB nak credit kepada Muhammad Afif Ahnaf sebab post benda ala nie... Sorry curik sebahagian gambar Kor. Korunk boleh tengok gambar lain dalam link dia erk... Ade banyak lagi yang terbaek.




Syawal's work

Hari raya ke-6 ini lah baru kedai Wak bukak. Nak tak nak, SRB kene tolong sebab kedai nie kepunyaan keluarga, Kalau SRB tak tolong, sapa lagi nak tolong. Tak kan anak jiran sebelah rumah SRB pulak kan. Hehehehehhe

SRB sebagai tukang bancuh air di kedai ini. Kira bertambah lah duit raya SRB dengan bekerja di bulan syawal nie. Hahahahahaha

Time: 1 pm selepas kedai tutup

Close up signboard Kedai Makan Dak Ddin



Apa benda nie

Ini story yg SRB nak share ngan korunk semua pasal 2 nie. Benda-benda ni pun SRB dapat dari F. F nie adalah kawan Miss S, kenapa F??? sebab itu yang SRB bayangkan.

So, SRB pon ase benda macam patut di share. Bukan calang-calang orang boleh cakap tentang benda ala nie, ade 2 pesanan dari F. So, korunk layan 2 gambar nie dan SRB akan cerita berdasarkan gambar tu. Gambar ni pulak SRB edit just utk pesanan F tu.

So, apa yang korunk boleh cakap tentang gambar nie??? Miss S bagitahu SRB yang F terbaca satu fakta tentang "mahasiswa/i UiTM yang bercinta semasa belajar tidak akan kekal lama". So, F suruh Miss S berhati-hati pasal benda alah nie. Korunk dapat terfikirkan sesuatu tak???

Entah mana tah F nie jumpa fakta nie. Berbulu jugak SRB dengar, macamlah SRB nie nak permainankan Miss S pulak. Itu sebab lah gambar nie SRB buat.

Hah... Nie lagi 1. Apa yang korunk fikirkan tentang gambar nie???. F tu bagitahu Miss S, "kalau lelaki sayangkan perempuan itu, Lelaki itu tidak akan sentuh perempuan itu".

Pppppaaaapppp

Kene lagi kat batang hidung SRB. Tahu lah SRB pernah pegang tangan Miss S. So, F nak bagitahu kat Miss S yang SRB nie tak sayang Miss S ke??? Hello.... zaman sekarang zaman moden lah... bukan zaman anak dara duk kat dapur jer...

FYI, SRB akan sentiasa sayang Miss S. Terpulang lah pada Miss s nak ikut fakta-fakta F tu ke tak... SRB hanya berserah pada Illahi...



Wednesday, September 15, 2010

Ceritera Aku Dia

Haaaaa...... Taaaaaaaa... Daaaaaaa.....

FYI, SRB akan ade 1 lagi blog yang bertajuk seperti title di atas iaitu"Ceritera Aku Dia" sebab SRB teringin nak kongsi cerita SRB ngan Miss S dengan korunk2 semua. Apa yang akan di post kan dalam blog ini antara SRB dan Miss S, kira nye macam balas-balas surat lah.

Apa yang menarik tentang blog ini akan ade gambar2 yang di"edit" oleh masing-masing dengan kreatif. Korunk tengok je lah pic header nie, background tu Mizz S yang buat dan header title tu SRB yang buat.

Segala luahan, cacian, tak puas aty ke... Semua dalam nie, So, layan link >>> CERITERA AKU DIA




Bengang

Bengang??? bukan nak post lirik lagu Akim AF7 dalam entries nie tapi nak luahkan perasaan yang terbuku di hati SRB. Tapi sebelum tu, biar lah SRB dendang kan lagu tu kat korunk sikit... hahahahhaa

Aku bosan dengan cintamu~~
Aku rasa buang masa~~
Kau selalu mendustakan cintaku~~
Aku fikir kau tak searus~~
Biarkan ku beralih~~
Biarkan diriku terus bersendiri~~

Macam mana nak mulakan cerita erkrkk... okay lah, benda nie berlaku semalam sebelum SRB pergi Pusat Service Perodua, adalah seorang hamba Allah nie yang SRB gelar kan sebagai Z. Sebab apa Z, itu yang terlintas di fikiran SRB ketika taip benda alaa nie. Tak ade kaitan dengan jantina atau nama sebenar dia. SRB dah message seperti ini semasa SRB tengah drive nak p raya umah Pak Kop SRB...

"bb drive sorg2 nk g sane ni..t tggu lah kat semban"

So, seperti biasa SRB wat x tahu dengan kehadiran msg dari Z. Sebab bila di layan makin menjadi Z nie pulak kan. Bajet SRB jeles lah tu. SORRY lah erk... Tak sampai 5 minit lepas tu, Z anta msg lagi...

"sala reply"

Apa yang SRB pelik dan naik hairan, dengan zaman yang kita kecapi sekarang, ade lagi ke msg yg kita send boleh salah send. Ingat nie zaman nset NOKIA3310 ke??? Cuba korunk bayangkan lah erk.. Tibe-tibe SRB dapt msg dari Z lagi...

"kau xpaya la nk ngutuk2 org... ingat aq tehegeh2 sgt ke ng kau... dala ap jenis kwn la kau ni... aq benci ng kau"

Mana tak hangin aty SRB, tibe2 dapat msg yang SRB kutuk2 dia. FYI, SRB x pernh bercerita or berjenaka psl Z mahupun kawan2 dia. Macam mana tah Z nie boleh cakap SRB nie kutuk2 dia. Still bersabar lagi, nset SRB berkelip2 lagi, sebab SRB silent mood nset SRB. Dapat msg Z lagi...

"Aq xpena jmpe kwn yg mcm ko... aq xkcu hdp ko...,xpaya nk kutuk aq blakng2...syg ke rindu ke ckit pon xde,,,hopefully bhagie sgt2 la hdp ko"

Kesabaran SRB tak tertahan selepas itu, terus paggil dia "bangang"... Cuba korunk tengok msg2 dia, dia ckp dia xkcu hdp SRB, tapi yang berpuluh2 dia anta msg kat SRB KENAPA??? Itu xkcu ker... Semua msg2 yg SRB "paste"kan ini adalah original dari inbox msg SRB. So, korunk pikir lah erk manusia mana tak ase bengang kalau jadi mcm nie...

DAMAI




Tuesday, September 14, 2010

Thanks Perodua

Klo korunk pernah baca entries SRB sebelum nie, korunk akan tahu kenapa post kali nie wujud. Time-time raya nie akan dapat duit raya tapi kali ini, SRB dah lebur RM3**++ untuk selesaikan masalah tu. So, korunk tengok dan layan lah gambar2 nie erk...










Monday, September 13, 2010

Release Tension Time

Yeeeeeaaaaaayyyyyyy!!!

Mood SRB ketika ini mcm ayat kat atas nie lah. Disebabkan pada ketika ini, SRB boleh release my problem pagi tadi. Nasib baek ade aktiviti untuk meluahkan perasaan seperti ni pada ketika ini. Dari pagi tadi sehingga petang tadi, SRB asyik tidur, makan, tidur, makan selepas kejadian itu.

So, SRB dapat jugak lupakan masalah tu sekejap. Enjoy dengan aktiviti ini...

FUTSAL

Kepada kawan-kawan yang terkene rembatan liar SRB minta maaf sebab nak buang masalh ini jauh-jauh...

YAAAAHHHHHOOOOOOO!!!



Masalah lagi

Dush... Dush... Dush...

hahahaha mulakan dengan tumbukan Muhamad Ali dulu. Di sebabkan SRB terima satu lagi masalah di pagi raya yang ke-4. Nak cakap masalah tu besar, tak lah besar sangat tapi boleh mengugat keimanan di pagi hari.

Yelah, family's SRB dan Sanak saudara dah plan dah nak pi raya umah "Lah family" kat Port Dickson hari ini, tapi disebabkan masalah ini... Hangus!!! Lagi satu yang buat SRB rasa bersalah, sebab miss S dah plan semua persiapan untuk menunggu kehadiran SRB ke Batu Pahat (Sri Medan).

Di sebabkan masalah ini...

Cermin kereta Myvi SRB pecah... (Gambar sekadar hiasan)

Pagi-pagi lagi Wak Din dah tanya soalan yang mengejutkan SRB pada pagi hari. "Kenapa cermin kereta pecah???" selepas Wak Din buka daun pintu. SRB terus segar dari tidur dan terus ke kereta. tanpa sebarang persoalan. Yang pasti selepas balik beraya semalam, keadaan kereta O.K. Redha dengan segala musibah...

AAAARRRRRGGGGGHHHHHHH!!!

sorry...




Sunday, September 12, 2010

Tak Sangka

Tak sangka??? SRB pun tak sangka dengan blog Nabilla Iskandar kali ini. Tak terpikir dari sudut akal fikiran kita untuk beranimasi sebergitu. So, benda alah nie SRB nak share pada semua pembaca blog SRB. Thanks to this link >>> Nabilla Iskandar

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yng memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas.

Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?

Baca lagi untuk huraian yang panjang lebar.

SCENE 1

Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk…ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu

2.Buku – Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan

4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur

5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis

6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

SCENE 2

Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai muka surat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)

2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan

3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)

5.Pokok Krismas – Simbol Paganism

SCENE 3

Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian

SCENE 4

Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.

SCENE 5

Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

2.Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.

SCENE 6

Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

SCENE 7

Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang ‘menyalib’ setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?

Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.

Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: “Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka” (2:120).




 
f