Monday, May 31, 2010

SalahMereka!!!

Si rambut biru sering kali melakukan kesalahan yang x sepatut nya si rambut biru lakukan. Termasuk hari ni saja sudah masuk 3 kali si rambut biru melakukan kesalahan yang sama. Nasib baik la si majikan nyer tidak mengamuk ke atas kesalahan si rambut biru itu. Sejujurnya, si rambut biru berasakan diri nya tidak bersalah atas kesalahan yang dilakukan nya itu. Ini semua gara2 mereka, mereka lah “dalang” segala punca kesalahan si rambut biru. Di sebabkan mereka, si rambut biru sanggup tidak tidur untuk menyelesaikan masalah mereka.

Mereka ini la "punca"... (taksub)


Atas desakan kawan2 si rambut biru yg menyatakan siri “ADAMAYA” best dari cerita yang lain telah membuatkan si rambut biru begitu taksub. Sebenarnya si rambut biru tidak tahu menahu tntng kewujudan siri “ADAMAYA” itu. Walaupun siri itu sudah lama melaburkan tirai nyer, si rambut biru sanggup meyelesaikan 23 episode dalam masa 3 hari sahaja. Mana tak nyer si rambut biru nak tengk setiap episode tu kne tggu dia habs loading dulu nthen baru ley tgk.

siri "ADAMAYA" punya pasal laa...


Ponteng kerja itu lah kesalahan si rambut biru lakukan demi melangsaikan siri episode tersebut. Si majikan tetap maafkan si rambut biru walaupun sudah 3 kali berlaku. Kini si rambut biru dapat belajar sesuatu tentng siri “ADAMAYA” iaitu tentang tanggungjawab.

Sunday, May 30, 2010

"A"ForAkmal

Si rambut biru telah menukar wallpaper di phone kesayangan nye dengan gambar lain. Gambar tersebut berwarna biru cair, di sebab kan kaler tersebut lah si rambut biru memilih gambar itu di “wallpaper”kan. Setiap kali si rambut biru memegang phonenye, setiap kali itulah si rambut biru menatap gambar tersebut. Hati si rambut biru berasa sejuk dan tenang apabila melihat screen di phone nye itu. Begitu la senangnye hati si rambut biru apabila tatap gambar tersebut.

Sehingga kan ada yang menegur akan kehadiran gambar tersebut. Ia nyer sudah terbukti dengan kata-kata kanak2 tentang gambar tersebut. Salah seorang nyer berusia 5 tahun menegur “nie kawan abg ker? lawa” dan seorang lagi berusia 11 tahun berkata “lawa laa awek abg nie”. Kanak2 tersebut baru dikenali oleh si rambut biru semasa bekerja pagi tadi. Alangkah terkejut nyer si rambut biru apabila mendengar kata2 kanak2 tersebut. Bak kata orang tua-tua cakap, bila kanak2 cakap sesuatu terhadap apa yang mereka nampak selalu nyer betul dan ihklas. Kanak2 kan suci.

wallpaper di phone si rambut biru

Hari ini jugak si rambut biru mengetahui beberapa jenis pic, antaranya pic “kiut” dan pic “ngade”. Picture “kiut” tu, si rambut biru pernah lah dengar. Tapi bab picture “ngade” tu, si rambut biru x pernah dengar, apatah lagi melihatnya. Si rambut biru hendak minta pic “ngade“ pada si nurduri, si rambut biru berasa segan. Ye lah kan, paham2 je lah dengan sikap pemalu si rambut biru ini.

Akhirnya, keinginan si rambut biru terlaksana dengan kehadiran pic “ngade” di phone si rambut biru. Si rambut biru ternampak si nurduri memakai rantai dengan buah rantai nyer berhuruf “A” pada pic tersebut. Si rambut biru berasa jeles dengan kehadiran buah rantai tersebut. Lalu si rambut biru menanya tentang itu, lalu si nurduri jawap “A for Akmal”. Si rambut biru menanyakan ciri2 kesukaan si nurduri pula, lalu menjawap ciri2 keinginan si nurduri tersebut ialah loving, understanding, educated dan x hot tampered.

GembiraCumaSeketika!!!

Sepatutnye pada hari ini si rambut biru bersama-sama para rombongannyer akan ke Rompin,Bahau untuk melangsungkan pertunangan yang sudah di rancang sejak sebulan yg lalu. Si rambut biru telah bersiap sedia dengan segala macam pada hari tersebut. Daripada sesepun tiada di tangan, kini si rambut biru berbangga dengan apa yg diperolehi. Tetapi kegembiraan itu cuma bertahan setakat itu saja di sebabkan ke”nakal”an sekelip mata berubah segala2 nyer. Pada malam sebelum berlangsungnyer pertunangan tersebut, si rambut biru bersiap-siap dengan majlis kesyukuran dan doa selamat untuk rombongan pada keesokan hari nye. Perjalanan sudah di rancang, pada pukul 11 pagi bergerak ke rumah tunang dengan 10 biji kereta yang pelbagai jenis dan hampir seluruh keluarga besar si rambut biru yang ikut.

Jangkaan si rambut biru pada malam tersebut meleset sama sekali. Harapan si rambut biru agar di berikan cuti tidak kesampaian, di sebabkan perkataan yang keluar dari mulut majikan si rambut biru seperti “BUKAN KAU YANG NAK TUNANG”. Si rambut biru akur dengan respon yang di berikan oleh majikan nye.

Oelh itu, si rambut biru bekerja dengan hati hiba sebabkan tidak dapat ikut rombongan tunang “SAYUTI” a.k.a “anak mak ngah” si rambut biru. Apa yang membuatkan hati si rambut biru hiba adalah perancangan yang di rancang oleh “ketuk” dan “lazi” untuk ikut, x dapat. Banyak si rambut biru “plan”kan untuk menghabiskan duit yg diperolehi nye tetapi apa kan daya. Desakan tanggungjawab si rambut biru lebih penting dari segala2 nyer.

Saturday, May 29, 2010

SiRambutBiru!!!


Mulai hari nie, si rambut biru di gelar “si rambut biru” hanya untuk para pembaca blog si rambut biru ini. Tengok jer lar gmbr si rambut biru dgn rmbt ber”colour” biru tu. So, x salah klo si rambut biru di gelar sebegitu... hehehehe… minx maaf kpd para pembaca blog si rambut biru yg setia ini… Atas desakan tanggungjawab yg terlalu membebankan sehingga si rambut biru terlupa akan blog nyer sendiri… Kali ini si rambut biru benar2 memerlukan “blogger” untuk berkongsi kegembiraan, kesedihan, kesunyian, dan sebagai nyer. “Single” itu lah yg status terbaru si rambut biru. Atas perkara itu lah si rambut biru benar2 memerlukan ruangan ini untuk mencoret segala cerita si rambut biru.


 
f