Tuesday, June 29, 2010

Kalau...***Tiada!!!

Si rambut biru tersentuh dengan post seorang member, Chu are... Dengan lagu background sambil menghayati setiap bait-bait lirik lagu "padaMu aku bersujud" oleh Afgan...

Ku menatap dalam
gelap, tiada yang bisa kulihat
selain hanya nama-Mu,
ya Allah
Esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah
Reff:
Kau tempatku meminta,
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambamu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanmu
saat kau limpahkan
karuniamu dalam sunyinya aku bersujud

Serius, pertama kali Si rambut biru dengar lagu nie, terasa lain macam dalam diri. Tak tahu laa kenapa??? Si rambut biru takut tidak sempat untuk lakukan untuk mereka. Jika Si rambut biru sudah tia**...

1. Si rambut biru sudah bahagiakan Mak Ayah di dunia dan di akhirat
2. Si rambut biru sudah tengok Along berjaya dalam hidup dia dengan orang yang betul-betul cintakan dia
3. Si rambut biru sudah tengok adik perempuan ini di jaga oleh seorang yang pandai memimpin
4. Si rambut biru sudah tengok adik lelaki ini sentiasa tolong Mak, ayah, abang dan kakak
5.
Si rambut biru sudah bahagiakan seseorang yang bernama Isteri
6. Si rambut biru sudah lunas kan segala janji yang di taburkan
7.
Si rambut biru sudah maafkan kawan-kawan

UntukKengkawan!!!

Dalam Si rambut biru jatuh cinta dengan Adobe Photoshop CS4, si rambut biru ilhamkan cinta itu mereka...


sebab apa mereka??? sebab mereka lah orang yang terawal menilai hasil kerja si rambut biru dengan menyuruh hasilkan gambar mereka. Si rambut biru tidak suka menghampakan harapan kawan-kawan. Jadi, terhasil lah gambar-gambar tersebut. Si rambut biru selalu ingat "berKAWAN biar beribu, berKASIH biar satu". Tapi ber"KASIH"??? sekarang hanya ada kawan. Mungkin suatu hari nanti, Si rambut biru akan ura-ura kan erk...

Bagi mereka yang dah biasa dengan Adobe2 nie, mesti mereka cakap "semudah ABC" kan. Tapi percayalah, bermula dari situ lah Si rambut biru berjinak-jinak dengan Adobe. Thanks to ADOBE PHOTOSHOP CS4

Sunday, June 27, 2010

PengaruhSiRambutBiru!!!

Along si rambut biru edit

Apa kaitan gambar di atas dengan si rambut biru erk. Kalau korunk nak tahu, gambar di atas lah hasil kerja along si rambut biru yang pertama. Dalam kehidupan si rambut biru, tidak pernah sekali dia menunjukkan minat terhadap edit2 gambar nie.

Al-kisah nyer bermula...

Dalam ke"boring"an Si rambut biru di rumah untuk menanti hari keramat kembali ke UiTM, adobe photoshop CS4 lah perneman di kala hati dalam kesunyian. Sehinggakan Along Si rambut biru naik rimas gelagat Si rambut biru di depan laptop.

Pada hari ini, entah macam mana lak terbuka hati Along si rambut biru ini untuk mengenali Adobe Photoshop CS4 ni. So, kne lah jadi Guru pada dia. Maka hasil tunjuk ajar dan pengaruh Si rambut biru sangat memuaskan.

Kesimpulannya, nasib baik lah pengaruh si rambut biru ini yang baik-baik sahaja

Aduh!!!

Si rambut biru meneruskan hari2 biasa nyer dengan meng"online"kan diri di facebook milik nyer. Tiba-tiba salah seorang classmate si rambut biru tagged note. Note itu adalah jadual untuk semester hadapan. Oooohhh Noo... bertukar pulak jadual nyer...

Jadual Semester hadapan

korunk tengok laa, hari rabu mesti full class. Tetapi nasib baik laa start kelas kul 2 pada hari isnin, boleh la si rambut biru balik tiap2 minggu. wukakaka...

Si rambut biru harap dapat sesuaikan dri dengan jadual ini. Apa-apa hal, enjoy....

Saturday, June 26, 2010

Kemungkinan!!!

Hanya seminggu sahaja lagi si rambut biru akan kembali ke UiTM Segamat, Johor. Oleh itu, bermula lah tanggungjawab si rambut biru selaku mahasiswa dan presiden Quasar. Di sebalik hati ini, tidak ingin kembali ke sana. Tetapi dasar tanggungjawab, si rambut biru tabah menghadapi segala cabaran yang akan terjadi.

Semester baru, jadi baju jugak mesti baru... So, ini lah akan mahasiswa mahasiswi temui di badan si rambut biru...

Baju kemeja F1 Quasar

Friday, June 25, 2010

GileBola!!!


Dalam orang sibuk-sibuk berbicara tentang piala dunia, si rambut biru teringat akan teammate semasa kejohanan liga IPT zon selatan. Banyak suka duka si rambut biru dalam kejohanan tersebut. Dari kejohanan ini lah, kami semua merantau ke seluruh Johor.

Tidak di nafikan, di kalangan skuad UiTM Johor ini ade yg sudah berpengalaman lebih banyak dari si rambut biru yang hanya biasa-biasa permainan nyer. Korunk pernah tak dengar liga perdana???, mesti pernah kan. Salah satu daripada kami, pernah merasai pengalaman bermain di Liga perdana tersebut. Lagi satu pulak, korunk pernah tak dengar kejohanan piala president???, ini pun mesti korunk pernah dengar kan. Kejohanan liga president untuk belia2 dari setiap negeri untuk mewakil negeri masing-masing tu. Dalam skuad ini jugak, ade yg pernah bermain untuk negeri masing-masing.

Si rambut biru beruntung sebab dapat bermain dengan mereka semua. Walaupun x sehebat dan tak setanding dengan mereka semua, mereka melayan si rambut biru macam setaraf mereka semua.

Skuad LIGA IPT UiTM Johor

Walaupun kami tidak cipta sebarang kemenangan dalam kejohanan ini, kami berasa 1 kehormatan daripada UiTM zon selatan kerana mewakili UiTM daripada zon selatan untuk Liga IPT.

Wednesday, June 23, 2010

NewBorn!!!

Jeng!!! Jeng!!! Jeng!!!

Diam sikit erk.. Syyyyyyyhhhhhhhhh!!! Si rambut biru nak wat pengumuman nie. Exclusive dalam blog nie.

“Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Tak sabar nak dengar anak si rambut biru nie nyayi lagu nie. Apa-apa pun, layan gambar nie dulu erk…

Apa tanggapan pembaca bila tengok gambar si rambut biru di atas. Tak kira apa pandangan korunk terhadap gambar tersebut, si rambut biru rasa gembira bila gambar ini di paparkan. Bukan niat si rambut biru untuk menayangkan siapa gerangan di hati si rambut biru sekarang. Tetatpi ingin berkongsi kegembiraan bersama.

Nama baby tu Nur Aleesya Saffiya di lahirkan pada tanggal 14hb June 2010. Apa yang membuat kan si rambut biru ase happy sgt sebab nama “Aleesya” tu. Si rambut biru sangat suka dengan nama tu, tak sangka nama tu di terima sebulat suara oleh ahli keluarga.

MakeUSmileAgain!!!

Dalam si rambut biru sedang memikir kan masa hadapan, si rambut biru terkenangkan kemungkinan yg akan berlaku iaitu "gabung clazz". Since Part 1 sehinggakan Part 4, x pernah bergabung selama 1 semester. Bayangkan lah pe jadi erk...

Senyap???


Bising???


Bingit???

So, untuk itu si rambut biru pon edit gambar yg akan berlaku itu...

Clazz CSD5Q2

x sangka si rambut biru, gambar mcm nie ade yang terasa hati. Bukan niat si rambut biru hendak melukakan aty sesiapa erk...

Gambar yg membuatkan si rambut biru rasa bersalah

Oleh itu, si rambut biru dengan hati terbuka ingin meminta maaf pada semua orang yang terasa dengan gambar yg di edit oleh si rambut biru itu... kesimpulannya, kita sama batch erk... ingat semua setiap langkah kita, bermula dengan nama Quasar...

Batch sesi 1 2008

Hargai!!!

Muka-muka nie lah yg buat Si rambut biru ase di hargai taw... klo x percaya, korunk layan link dye nie "chu-are blogspot"...

Actually, Si rambut biru sudah kenal lama dengan dye nie, cuma x berkesempatan je nak bergurau senda lebih rapat coz dye lain kelas dengan si rambut biru masa tu. Apa yg membuatkan Si rambut biru terasa di hargai, sebab dye lah org pertama yg cerita pasal si rambut biru...

thanks a lot chu are....

Tuesday, June 22, 2010

Classmate!!!

Kali ini si rambut biru ingin memperkenalkan kawan-kawan kelas yg pernah bersama-sama dengan si rambut biru dalam menuntut ilmu. Semua orang ade classmate kan, atas sebab teringatkan mereka semua maka terciptalah ruangan ini untuk pembaca blog si rambut biru tahu.hehehe

Sebelum itu, si rambut biru ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada classmate si rambut biru semasa belajar di Sek Ren Keb TLDM 1. Bukan si rambut biru sengaja melupakan kenangan kita sepanjang tahun 2002. Memory kelas 6M di ketuai si rambut biru yg di ajar oleh Cegu Fauziah masih pekat d’ingatan. Oleh sebab itu lah, si rambut biru sedang sibuk mencari kalian. Ehm… rindunyer…

Sek Men Keb Pang TLDM sepanjang tahun 2003, di kelas 1a4, Cegu Zaiton. Juga masih dalam ingatan walaupun hanya sekejap menuntun ilmu di sini. Si rambut biru jugak sedang sibuk mencari kalian di facebook. Adoi rindunye…

Sejak berpindah di Negeri Sembilan, Sek Men Keb Dato Undang Haji Adnan adalah tempat menuntut ilmu si rambut biru yg seterus nya dalam hidupnya. Pada tahun 2007, di kelas Ibnu Sina dan diketuai oleh si rambut biru yg di jaga oleh Cegu Halimah. Banyak kegemilngan yang di capai oleh classmate-classmate si rambut biru.


Classmate Si Rambut Biru d'SMK DUHA

UiTM Kampus cawangan Segamat, dalam course Dip In Quantitative Science pula punya cerita. Pada tahun 2010, di kelas CSD5Q1 kami bersatu, setelah sekian lama berpisah. Adakah serasi??? Tunggu cerita selanjutnya...

Classmate Si Rambut Biru d'UiTM Segamat,Johor

Watermark!!!

Dalam kebosanan yang terlampau semasa si rambut biru menunggu start match bola pada pukul 2 stgh pagi. Si rambut biru godek-godek lah blog zati and lappy nie, si rambut biru tertarik dengan watermark dia.


Watermark Si Rambut Biru

So, terbit nye watermark si rambut biru ini. Oleh itu, tidak hairan lah setiap kali gambar yg di edit dan di upload akan ade tanda watermark itu. Walaupun dengan pelbagai saiz watermark tersebut, watermark itu akan tetap ade di setiap gambar.

Monday, June 14, 2010

AkuRedha!!!

Dalam kesibukan si rambut biru meng”online”kan diri nya. Si rambut biru tertarik dengan salah satu ruangan “what’s on your mind?” di facebook oleh Adnin Adawiyah. Kata nyer dalam ruangan tersebut “ repeat paper..??sape brani wt pengakuan..??huahuahua..”.

Ibarat “Nasi sudah jadi bubur” bagi sesetengah orang yang tidak berjaya atau bernasib malang , tetapi tidak pada Si rambut biru. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku itu. Tuhan selalu menguji umat nyer. Sedar atau tidak, ia nyer pertanda yang baik untuk orang yang sedang di uji sedemikian rupa.

Kehidupan tidak selalu nyer cerah, kadang kala kita jugak harus merempuhi peristiwa-peristiwa yang tidak sedikit pun teringin di rasai dalam kehidupan. Memang betul cakap orang tua-tua, kehidupan mengajar kita untuk lebih maju. Kehidupan dan tanggungjawab tidak boleh di pisahkan untuk masa depan.

Kita harus sentiasa pandang kehadapan dan jangan lsesekali melupakan pandangan belakang (masa lepas), sebab ia nyer akan berguna di masa hadapan. Jadikan masa silam sebagai pembakar semangat supaya tidak seperti “Takkan pisang berbuah 2 kali”.

So, si rambut biru dengan pendapat nyer, Repeat lebih baik daripada kita dapat keputusan ala-ala “atas pagar”. Si rambut biru berpendapat macam tu sebab zaman pada ketika ini memerlukan keputusan yang cemerlang untuk mendapatkan pekerjaan masa hadapan.

Kini, si rambut biru Redha dengan segala ujian Mu... mudah-mudahan...

Wednesday, June 9, 2010

PadanMuka!!!

Si rambut biru baru sahaja kene kn orang tadi. Ala macam cerita “wa kene beb” tu. Rasa nyer macam menang loteri taw. Si rambut biru bukan apa, saje nak test kut2 dia percaya ker tak. Rupa-rupanye mangsa percaya 110% taw, bukan 100% lagi. Hebat betul si rmbut biru nie.

Si rambut biru bukan sengaje nak kene kan mangsa, dalam duk2 on9. Si rambut biru bukak lah “yahoo messenger” nthen terus kene tembak (BUZZ) daripada mangsa. Si rambut biru tembak balik mangsa. Si rambut biru usya si ketuk sbb mangsa bertanya kan dia dlm YM tu.

Seterus nyer…. Ikuti lah perbualan kami (dalam pukul 8 malam)…

mangsa: “alg tdow??”. Dengan slumber SRB jawab “dia masuk wad & nset dye tggl kat rumah”

mangsa: “ha???? blew??”. SRB berkata “baru jer td...”

mangsa: “asal x ckp kat akk?? adus cm ane ney.. ala isau la, esk akk nk g la sn.. wan teman akk k”. Dengan alasan SRB membalas “wan bsy laa, minx maaf laa”

mangsa: “ala abez akk nk g tgk dye cm ane ney??”. Alasan seterusnyer SRB beri “x yah lah tgk”

mangsa: “ala nk tgk… jap pown jd la.. ha naney ade kn??”. Alasan demi alasan SRB bagi “naney kne tlg kedai slma along x der”

mangsa: “jap jewk xpew.. plez2..” SRB cuba mengelak dengan topic baru dengan menyoal “dye x msg akk ker”

mangsa: “ptg td ade msg tp dye ckp dye ngantok nk tdow.. akk ingt dye tdow ney.. xsgke lax masok wad.” Jawapan di beri oleh SRB, “td g check hosp... Dr. ckp kne tahan wad 2 hari jer”

mangsa: “dye g ngn sape??nape dye xckp pown kt akk dye g hsptl?? tewok ke?? doc ckp pe?? akk da byk kali ckp soh g klinik.” Dusta dan terus dusta oleh SRB, “mybe dye terlupa tu, msa g hosp td dye tlupa bwk nset… mlm nnty nak g anta nset dye”

mangsa: “ptg kol bp g td?? jgn lupe pesan kt dye msg akk”. Tipu lagi oleh SRB, “kul 6stgh td”

mangsa: “t esk akk nk dtg”. Tipu dan tipu lagi oleh SRB, “x pyh dtg laaa… msuk wad pun kejap jer tu”

mangsa: “xpew..nk g..isau la.. akk g tewos hsptl kang… hsptl tampin kn?”. Supaya tidak terbongkar SRB menjawab “hosp adalh rhsia & abg x nak d ggu laa”

mangsa: ala.. xpew t akk tny dye

ini lah wajah si mangsa

Akhirnya, terbongkar kejahatan si rambut biru pada malam itu. Di sebab kan si ketuk sudah msg mangsa sesudah hbs mandi dan makan. Hehehehe… sayang jugak si mangsa dgn si ketuk nie erk…

Susulan dari pembongkaran ini…

mangsa: “wah jahat sunggoh kamooHHH~!, akk da siap nangez taw x… haish!”. Terus tergelak SRB, “hahahahahahaha”

mangsa: “kureng asam jawa pny budak.. ske ye kamoo knekn akk”. Terbongkarnyer plan SRB, “huh... terkene”

mangsa: jahat sunggoh kamoo knekan sy yg baek iney… uwa~!

Tuesday, June 8, 2010

DemanBola!!!



World cup dating lagi!!! Si rambut biru turut merasakan kehangatan “tidur, makan, mandi bola”.

South Afrika menjadi tuan rumah kejohanan piala dunia pada kali ini. Dengan 32 negara menjadi taruhan untuk menjulang piala dunia pada edisi kali nie. Gila bola si rambut biru ni kan, sampai sanggup edit gambar2 mcm nie.

Si rambut biru turut bz pada 11Jun-11Julai sebab si rambut biru tidak akan terlepas aksi2 perlawanan piala dunia ini. Setiap kumpulan ade 1 negara yang di sokong oleh si rambut biru. Mengikut turutan iaitu Perancis, Argentina, England, German, Belanda, Itali, Brazil, Sepanyol dan tidak ketinggalan Portugal.

32 negara termasuk pemain-mainnya

Untuk negara yang akan layak ke separuh akhir ialah England, Argentina, Portugal dan Brazil. Pasti nya seronok kalau jangkaan si rambut biru ini terjadi kan.

Macam sebelum2 ini, si rambut biru tetap optimis terhadap England untuk menjulang piala dunia untuk kali ini. Detik 1966 akan berlaku sekali lagi. Saksikan…

Saturday, June 5, 2010

ManaJanjiKau!!!

Kali ini si rambut biru nak post kan untuk sahabat si rambut biru. Dia nie pandai janji tapi tak reti tunaikan. So, si rambut biru nak bagi special untuk dia.

Cerita nyer bermula apabila si rambut biru nak gambar2 semasa “Liga IPT”, nak tak nak kene lah minta kan. Apabila minta pada orang lain, orang lain boley cakap “Minta kat afif, dia ade gambar tu”. So, cari lah dia kan. Dah lah nak menyebut nama penuh dia susah. Hehehehe….

Si afif "AFIF AHNAF"

Dia nie lah, kata nak upload gambar tu. Tunggu punya tunggu, dah sebulan masa berlalu. Apa yang si rambut biru harap kan. Si afif nie upload lah gmbr tu erk. Tolong lah realisasikan impian si rambut biru nie.

DiSebalikJunior!!!

Dalam kesibukan si rambut biru mencari rezeki untuk diri sendiri, si rambut biru teringatkan mereka. Si rambut biru suka bercerita dengan mereka. Ade je gelak tawa bila berbicara dengan mereka. Bila di kampus mereka lah adik2 si rambut biru.

Mereka ini berbeza-beza perangai nye, tp 1 je yang sama iaitu bila si rambut biru berborak-borak, mesti si rambut biru mengukir senyuman takala berborak. Bila si rambut biru ade masalah, mereka lah tempat si rambut biru mencari kegembiraan semula.

“thanks” adalah ucapan si rambut biru untuk mereka. Tak sabar rasa nye nak jumpa mereka bila balik kampus balik.


si nabila "cik bielah ngok ngek"


si tierah "Athirah izzati"

Si suzie "Nor suziyante"

Friday, June 4, 2010

Hang-outAgain!!!

Si rambut biru “ponteng kerja” lagi pada hari itu. Kali ini disebabkan ingin rehat secukup-cukupnya untuk hang-out bersama2 si ketuk dan si laze. Si rambut biru beri alasan yang cukup bernas kan. Tak boley pakai si rambut biru nie. Si ketuk boley je kerja pada pagi tu dan si laze pulak cuti. Bukan sebab apa, si rambut biru ini malas sikit nak kerja hari khamis. Tak tahu la knpe kan.

Hang-out bersama mereka

Giant Jusco D’Seremban 2 adalah tempat yang di tuju pada petang itu. Nasib baik lah si rambut biru tidak di pertanggungjawab memandu ke situ. So, si rambut biru dah mcm “BOS”lah kat belakang tu. Thanks si ketuk sebab drive kereta. Kul 5 setengah tepat si rambut biru smpai di sana, terus menuju ke cinema untuk membeli tiket wayang. 6.20 petang citer “LAGENDA BUDAK SETAN” on show nthen si rambut biru beli la tiket citer tu. Sebelum masuk wayang, si rambut biru makan dulu. Chicken chop dan milo ais juadah yang di makan si rambut biru. Masa nie teringat pada si nani di rumah. Si ketuk belanja lak kan.

Poster "LAGENDA BUDAK SETAN"

“LAGENDA BUDAK SETAN”… Apa yang si rambut biru boleh cakap, citer dia sama macam “ADAMAYA”, di sebabkan watk utama nyer suka tangkap gambar. So, si rambut biru pun decide la macam tu. Si rambut biru minta maaf erk kalau salah. Itu anggapan si rambut biru je. Ada lah jugak time2 kelakar, time sedih. Senang cakap plot dan penghayatan watak best la jugak. Keluar2 je dari wayang tu, singgah McD beli ais-krim. Kali ini, Wife si ketuk lak belanje.

Snap situ sana sini "Si rambut biru"

Lepas jer balik dari seremban 2, si rambut biru bersiap dengan kasut futsal nyer untuk bermain futsal pulak. Si majikan perli si rambut biru sambil makan magie goreng dengan berkata “Kau nie tak penat ker???”. Si rambut biru pun buat tak dengar jer. Dah la wat tak dengar, si rambut biru terus senduk magie goring nthen makan. Selesai si rambut biru makan, terus keluar untuk men futsal. Minta maaf erk si majikan. I’M Sorry…


Wednesday, June 2, 2010

NakJadiAdik!!!

“Saya nak jadi adik awk boley???” itu lah pertanyaan yang pertama dari seorang junior si rambut biru. Sekali si rambut biru baca, sekali itu jugak laa si rambut biru gelak keseorangan. Lucu aty si rambut biru ketika itu. Sepintas di fikiran si rambut biru dengan pertanyaan tersebut adalah “perli”.

Si "cik bielah ngok ngek"

Si nabila nie memang lucu orangnyer, tp sayang nyer bila dgn si rambut biru “face to face” lucu nyer hilang. Adakah mungkin si nabila ini mempunyai perasaan terhadap si rambut biru??? Itu lah persoalan yang si rambut biru ingin tahu tp hanya si nabila yang tahu. Orang nyer berusia 19 tahun tinggal di Kelantan. Kelantan dengan Negeri Sembilan mana “match”kan, jauh tu. Si rambut biru mengenali si nabila nie semasa belajar di UiTM Segamat.

Si nabila pernah tinggal di TLDM,Lumut tp sayang nyer si rambut biru x pernah jumpa si nabila. Dip In Quantitative Science yang menemukan si rambut biru dengan si nabila ini. Pada ketika itu si rambut biru di semester 3 dan si nabila semester 1. Lagi2 pada ketika itu, si rambut biru salah satu exco untuk course itu. Jadi tidak heran lah si rambut biru mengenali si nabil ini.

Si nabila nie bila bicara tentang perasaan mesti suka berdalih. Si rambut biru pun pe lagi, tak nak lah cakap pasal perasaan dengan si nabila nie. Dia suka lepak2 dengan budak2 kelas dia bila di kampus. Se orang yang ceria. Si nabila pandai menjadi pengerusi majlis tapi sayang nyer “malu”.

Ingin merealisasikan impian si nabila ini supaya di “post”kan cerita dia di dalam blog “D’LifeOfSiRambutBiru”, jadi ini lah nurkilan nyer

 
f