
Minggu ke-6 Raja Lawak musim ke-5 bakal dihiburkan dengan tema "Cerita Kedai Kopi". Tugasan baru ini telah disampaikan oleh bekas Raja Lawak musim ke-2, Nabil. Lebih menarik lagi, tugasan ini disampaikan di tempat menarik dalam negeri kelahiran Nabil. Sudah tentunya Port Dickson dipilih sebagai lokasi untuk penyerahan tugasan minggu ini.Dalam masyarakat Melayu yang menetap di kampung, aktiviti "lepak" di kedai kopi menjadi salah satu agenda utama...
