Untuk pengetahuan pembaca2 blog ini, aq telah di pertnggungjawab kan untuk menjadi ketua projek untuk dinner quasar (dip in quantitative science) untuk kali ini. Ini lah perkara baru bagi diri aq sejak aq di lahirkan. Syukur kepada Illahi dengan kurniaan kesihatan yang baik untuk diri aq untuk meneruskan amanah yg diberikan oleh semua ahli jawatan kuasa Quasar. Insyallah jika tiada arah melintang, dinner nie akan menjadi kenangan terindah pada ahli2 quasar dan menjadikan lebih bersemangat di masa hadapan.
Banyak benda baru aq dapat belajar, walaupon dinner nie belum berlangsung tetapi ia akan menjadikan kehidupan aq lebih banyak pengalaman meng”arrange”kan sesuatu program. aq x sangka aq akn terpilih untuk ketua projek kali ini. Ye lah, disebabkan first meeting untuk sem dec09/aprl10 nie aq x dapat hadir untuk menyelesaikan masalah keluarga. Aq dapat berita nie dari FIkah(peng ketua projek). Mula-mula dapat berita nie mmg seronok, sbb sume percayakan aq untuk arrange program nie.(padahal dorunk saje jer nak kne kan aq)
Firstly aq buat, isi borang c (borang mengadakan program). Perghhhhhhh!!!!!!.... susah siot nak isi benda alah nie. Ingatkan senang nak isi, macam2 kne fikir. Tu sebab aq respect sapa yg pernh pegang title “ketua projek” nie. Nasib bek fikah dah tempah tempat, klo x mesti x der tempat nak wat. Korunk mesti nak thu kan, apa yg perlu aq pikir masa tu… mula2, aq kne fikir kan tentative program, pastu jawatankuasa program, target owg yg dating bape lagi, lecture lagi, vip lagi… fuh dahsyat beb!!!.. yng paling susah kne rngka bajet program… fuh…… dah mcm buat projek besar2 dah…
Tu dari segi pengisian borang c lar, belum fikir penat lelah berjalan lagi, naik bilik KP minta bilangan pelajar DQS, bilangan dekan list, bilangan lecture fskm dan mcm2 lagi lah. Tu baru bilik KP, belum jumpa penasihat lagi, haaa… payah taw awak... Tanya pandangan tentng tentative, bajet, dan mcm2 lah… aq bukan apa, nak korunk tahu mcm mana jadi seorang ketua projek jer… bukan aq tulis nie untuk mengeluh ke apa… jgn slah paham erk..!!!
Akhir nya, borang c tu aq anta kt HEP… masa nie berdebar gila tunggu keputusan lulus x bajet tu… Alhamdulillah lulus, walaupon 2,3 kali nek turun… tp x per, itu sume adalah pengalaman yg membina. Banyak aq dapat taw dari HEP, ini adalah RAHSIA sbb dia amat berguna untuk aktiviti yang akan dating… insyallah….
p/s:- nnty kan sambungan ini sehingga berlangsung nyer dinner…
1 ulasan:
wah lawa kad tu! tema yg stylo!
Post a Comment