Saturday, July 3, 2010

RumahSewa?!!!

Selepas menikmati sajian tengah hari iaitu "Nasi Ayam Mustapa" dengan air Limau ais, Si rambut biru sibuk mencari rumah sewa untuk penginapan selama 1 tahun lagi. Serius, makin pening Si rambut biru memikirkan soal ini. Dengan tahap kewangan tidak menentu nye lagi membuatkan otak Si rambut biru serabut.

Surat rayuan untuk mendapatkan kemudahan kolej akan di buka pada 17hb July. Itu yang di perkatakan oleh salah seorang kenalan(JPK) Si rambut biru. Apa yang membuatkan Si rambut biru bertambah runsing, selama 2 minggu itu. Di mana Si rambut biru hendak menetap???

Dalam mencari-cari rumah sewa, Si rambut biru berkenan dengan 2 rumah sewa ini.

1)berada di Jementah, boleh memuatkan sehingga 6 orang isi rumah, jarak antara UiTM 7 km & berharga RM67/Sebulan (x termasuk bil)

2)berada di Bandar Segamat, boleh memuatkan sehingga 8 orang isi rumah, jarak antara UiTM 14 km & berharga RM35/sebulan (x termasuk bil)


Apa yang membuatkan Si rambut biru keliru membuat pilihan ialah Kereta & Rakan study. Bila pilih pilihan yang (1), masalah rakan study along dan pengangkutan terhad. Bila pilih pilihan yang (2), masalah rakan study Si rambut biru pulak, hanya untuk seorang sahaja & pengangkutan tiada. Si rambut biru bukan tak nak bertolak ansur tetapi rakan study QS tiada.

Setelah tidak dapat kata sepakat dari Si rambut biru dan along, kami bercadang akan berbincang pasal rumah sewa ini di rumah. Di sebabkan kelihatan along keletihan, Si rambut biru memberanikan diri untuk drive kereta sepanjang perjalanan balik ke rumah. Dengan keadaan Si rambut biru kurang tidur, akhirnya Si rambut biru selamat sampai di rumah.

Kesimpulannya, persoalanan rumah sewa ini, menjadi 1 tanda tanya.




2 ulasan:

...chu-are... said... [Reply to comment]

wahhh
xper2..
pkir btol2!!
chaiyok2x!!

Ryoma Ekhizen said... [Reply to comment]

dah x boley nak pikir dah...
pening doh!!!

giler laa...

 
f