Friday, February 11, 2011

Cerita kedai kopi


Minggu ke-6 Raja Lawak musim ke-5 bakal dihiburkan dengan tema "Cerita Kedai Kopi". Tugasan baru ini telah disampaikan oleh bekas Raja Lawak musim ke-2, Nabil. Lebih menarik lagi, tugasan ini disampaikan di tempat menarik dalam negeri kelahiran Nabil. Sudah tentunya Port Dickson dipilih sebagai lokasi untuk penyerahan tugasan minggu ini.

Dalam masyarakat Melayu yang menetap di kampung, aktiviti "lepak" di kedai kopi menjadi salah satu agenda utama seharian. Tidak sah jika sehari tidak lepak bersama ahli masyarakat termasuk Ketua Kampung jika tidak "lepak" di kedai kopi atau warong. Dalam suasana santai itu pasti akan ada seorang atau beberapa orang yang akan menjadi pencerita atau penggamat suasana. Mungkinkah watak ini yang akan dimainkan oleh peserta Raja Lawak 5 minggu ini? Nantikan dalam Gelanggang Raja Lawak, Jumaat ini, 9 malam di Astro Prima (105)



3 ulasan:

mrs.cokelat said... [Reply to comment]

cerita kedai milo tade ker?? :p

Ryoma Ekhizen said... [Reply to comment]

@mrs.cokelat

pon boley...
cerita kedai kopi ~~~
cerit kedai kopi~~~
lalalalala

mrs.cokelat said... [Reply to comment]

xnk kedai kopii..nk kedai milo jugakkkkk..hahhahaa!

 
f